Sunday 10 February 2013

15 GAJET TERBAIK MILIK JAMES BOND 007

15.Telefon Bimbit (Tomorrow Never Dies)


Ia adalah telefon bimbit.Tetapi pada tahun 1997,semasa kita masih kagum dengan reka bentuk telefon yang telah diringkaskan,telefon bimbit milik Bond ni mampu melakukan apa yang sehingga kini iPhone masih belum boleh lakukan.Contohnya mengenal identiti melalui cap jari,mengawal mesin dan mengeluarkan 20,000 volt kejutan elektrik.Rasanya belum ada App sebegitu rupa.

14.Aston Martin DB5 (Goldfinger)


Kereta original milik Bond ini dilengkapi dengan bom asap,GPS (Tahun 60-an!!),plat nombor yang boleh bertukar-tukar dan yang paling popular ialah Ejector Seat

13.Killer Bagpipe (The World is Not Enough)


Sesetengah instrumen musik boleh membahayakan pendengaran anda jika disalah guna,tetapi alat musik ciptaan Q ini merupakan senjata sebenar!.Boleh menjadi Machine Gun dan juga Flamethrower,ini sudah tentunya menjadi bagpipe yang sebenar bagi orang Scotland ketika berhadapan dengan musuh.

12.Croc Submarine (Octopussy)


Semestinya salah satunya gajet yang kelihatan agak mengecewakan,namun begitu gajet ini diperbuat daripada fiberglass yang membolehkan Bond memerhati tempat musuh disamping menyamar sebagai buaya.

11.Cermin mata X-Ray (The World is Not Enough)


Gajet yang selama ini kita benar-benar mahukan.Semestinya anda sudah tahu apa yang Bond mahu lihat melalui cermin mata ini..ehemm ehemm.Disamping kegunaan dalam misinya,Bond kelihatan segak dengan kanta berwarna biru itu.

10.Oddjob's Bowler Hat (Goldfinger)


Bukan gajet milik Bond tetapi ia merupakan gajet yang popular dalam filem tersebut.Ia kelihatan seperti topi biasa sehinggalah piring-piring tajam muncul apabila topi ini dilontarkan.Ia mampu membelah batu..wow!!

9.Jam Tangan Laser (Never Say Never Again)


Ia boleh memancarkan laser dan menunjukkan waktu semasa.Genius Q!!

8.Kapal Selam Lotus Esprit (The Spy Who Loved Me)


Kenderaan dua alam yang memainkan peranan penting semasa Bond menjalankan tugasnya.Semoga Bond sentiasa menutup rapat tingkap keretanya itu. =P

7.Cincin Magnet (Diamond Are Forever)


Cincin yang mampu menukar nasib seseorang dengan hanya menggunakannya pada mesin slot dan lihat berapa Jackpot anda dapat! 

6.Sony Ericsson,MI6 Edition (Casino Royale)


Sebuah telefon bimbit Sony Ericsson yang mampu memberitahu Vital Sign Bond dan memberitahu bosnya,MI6 sekiranya beliau dalam bahaya! 

5.The Golden Gun (The Man With The Golden Gun)


Gajet yang bukan milik Bond tetapi milik pembunuh upahan Scaramanga dan dikatakan antara senjata terbaik dalam filem sepanjang zaman.Apa yang menarik mengenai senjata ini ialah ia mampu menyamar sebagai kotak rokok,mancis atau pen.

4.Exploding Pen (Golden Eye)


Antara gajet yang berfungsi dalam babak komedi filem Bond.Dengar pada namanya sahaja sudah menunjukkan fungsinya bukan?

3.Jet Pack (Thunderball)


Lupakan agen rahsia,gajet milik Bond ini amat berguna dalam kehidupan seharian kita.Ucapkan selamat tinggal kepada kesesakan lalu lintas dan datang lambat ke tempat kerja.

2.Rocket-Launching Cigarette (You Only Live Twice)


Memang benar rokok boleh membunuh,tetapi tidaklah seteruk ini!

1.Killer Briefcase (From Russia With Love)


Gajet pertama ciptaan Q! yang banyak memainkan peranan dalam misi 007.Bekas ini juga mempunyai tong gas pemedih mata yang mampu meletup sekiranya tidak dibuka dengan betul.
















No comments:

Post a Comment