Saturday 9 February 2013

[2006] Tada Kimi wo Aishiteru (Japanese Movie)


Heavenly Forest atau dikenali di Jepun sebagai Tada Kimi wo Aishiteru (I Love You,Only) merupakan sebuah filem romantik dan drama berdasarkan novel nukilan Takuchi Ichikawa.Filem ini berkisarkan hubungan yang terjalin antara seorang jurugambar bernama Makoto dan dua rakan sekelas universitinya,Shizuru dan Miyuki.

Ringkasan:

Makoto,seorang pelajar baru pada hari pertama di universitinya bertemu dengan seorang gadis comel bernama Shizuru.Makoto seorang yang pendiam di kalangan masyarakat,tetapi beliau mulai tertarik dengan Shizuru yang berperwatakan keanak-anakan.Shizuru mahu bersama Makoto,jadi beliau menimbulkan minat dalam bidang fotografi.Mereka berdua menghabiskan masa bersama dengan mengambil gambar di hutan yang berdekatan.Bagaimanapun,Makoto mulai menimbulkan perasaan yang kuat terhadap pelajar lain bernama Miyuki,seorang yang lebih cantik dan matang.Shizuru yang sedar akan hal ini mengingatkan Makoto   bahawa beliau akan membesar sebagai seorang wanita yang cantik dan Makoto akan menyesal sekiranya tidak memilih beliau.Pada suatu hari,Shizuru meminta Makoto untuk mengambil gambar mereka bercium di hutan sebagai hadiah hari lahirnya.

Tidak lama kemudian,Shizuru dengan tiba-tiba meninggalkan universiti dan menghilangkan diri selama dua tahun.Makoto kemudian menerima sepucuk surat yang meminta beliau untuk datang ke New York bagi melihat pameran debut fotografi Shizuru.Pada masa itu,Makoto telah lama berpisah dengan Miyuki setelah beliau membuat keputusan bahawa beliau benar-benar cintakan Shizuru,dan akan sentiasa menunggu kepulangannya.Semasa Makoto sampai ke New York,beliau disambut oleh Miyuki dan mendapat tahu bahawa Shizuru telah lama menghidap suatu penyakit dan menyembunyikannya dari pengetahuan Makoto dan telah meninggal dunia.Dikatakan bahawa semasa Shizuru jatuh cinta kepada Makoto,beliau mula mengambil makanan secara berlebihan untuk membesar dan menjadi matang demi Makoto yang ini menyebabkan penyakitnya bertambah buruk.Makoto hadir ke pameran dan melihat banyak gambar dirinya dan juga sebuah gambar Shizuru yang kelihatannnya menjadi seorang wanita yang cantik dan matang.Terdapat juga sebuah gambar mereka berdua bercium di dalam hutan dengan sepotong ayat yang menyatakan bahawa inilah cinta sejatinya.

DOWNLOAD LINKS:


Download all part and combine using HJ Split.



No comments:

Post a Comment