Friday, 1 February 2013

Taiyou no Uta..

Taiyou no Uta/Midnight Sun/song to the sun....entah aku pun tak tahu mana satu tajuk yang betul.Tapi yang aku pasti tajuk filem ni ialah Taiyou no Uta dan aku prefer pakai title ni.

Filem ni ditayangkan kat jepun pada tahun 2006 tapi aku baru tengok tadi malam..LOL
Sejujurnya aku tengok filem ni sebab ada idola aku,YUI..huhu..nak jugak tengok macam mana dia berlakon sebab asyik dengar dia menyanyi je.YUI juga merupakan watak utama dalam filem ni disamping Takahashi Tsukamoto.Apa yang menarik ialah ini merupakan debut acting bagi YUI dalam filem tersebut.

ok filem ni mengisahkan seorang gadis berumur 16 tahun bernama Kaoru Amane(YUI) yang menghidap penyakit kulit yg teramatlah rare iaitu Xeroderma Pigmentosum(XP).aku rasa ak pernah belajar dalam kelas medical tapi sebab aku tak berapa minat..jadi terbiar begitu je lah.Penyakit ni menyebabkan seseorang itu amatlah alah pada radiasi ultraviolet ,senang kata cahaya matahari la.Orang yang menghidap penyakit ni dikenali sebagai "children of the night" sebab waktu malam je mereka boleh keluar..kasihan kan..jadi aku amatlah bersyukur terhadap Allah s.w.t kerana dikurniakan kesihatan yang baik sejak dari lahir..Alhamdulillah...Disebabkn penyakit tu,kehidupan Kaoru ni amatlah berbeza dengan orang normal.Bila matahari terbit adalah masa untuk tidur manakala matahari terbanam adalah masa untuk Kaoru melakukan aktivitinya iaitu menulis lagu di tepian jalan atau taman.

Kaoru mnjadi stalker kepada sorang lelaki brnama Kōji Fujishiro(Takashi Tsukamoto) sehinggalah pada suatu malam sedang Kaoru mendendangkan lagu ciptaannya,Koji terserempak dengannya di sebuah Bus Stop yang menjadi tempat Koji sering berehat dan berjenaka bersama rakan-rakannya.Mereka kemudiannya pun menjadi semakin rapat antara satu sama lain sehinggalah Koji mengetahui akan penyakit yang dihidapi oleh Kaoru.Koji cuba menafikan akan keadaan yang dialami oleh Kaoru dan  berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan impian Kaoru iaitu untuk merakam debut single nyanyiannya.Keadaan yang dialami oleh Kaoru bertambah teruk apabila tangannya mulai lumpuh dan tidak dapat memetik gitar lagi.Tetapi Kaoru menegaskan meskipun tangannya lumpuh,tetapi suaranya masih kedengaran,oleh itu dia akan terus menyanyi.

Setelah selesai merakamkan nyanyiannya di studio.Kaoru kelihatan bersantai ditepi pantai dengan memakai sut pelindung matahari yang dibuatkan oleh ibunya.Hajat Kaoru untuk melihat Koji melakukan boardsurfing tercapai meskipun hayatnya tidak bertahan lama.

Di penghujung filem ini,Kelihatan mayat Kaoru didalam keranda yang dipenuhi dengan bunga sambil Koji menegaskan meskipun Kaoru telah pergi,beliau telah meninggalkan seribu kenangan sepanjang mereka bersama.Koji,kawan Kaoru dan keluarganya mendengar lagu ciptaan Kaoru yang akhirnya telah dipasarkan dan disiarkan di radio.Koji menutup mata sambil suara Kaoru bermain didalam memorinya...

Keseluruhannya filem ini amat menyentuh hati aku yang jarang tengok filem genre macam ni.Lagu tema filem ni iaitu "Goodbye Days" bagi aku amatlah sesuai dengan filem ini dan menyentuh perasaan jika diamati setiap bait dan liriknya.


OST Taiyou no Uta
Goodbye Days by YUI

No comments:

Post a Comment